Tuesday, August 3, 2010

Maksiat di Peringkat Remaja

Percintaan semasa remaja dalam apa keadaan sekalipun adalah salah di sisi Allah. Ini kerana percintaan ini melibatkan nafsu yang lambat laun akan membawa kepada perbuatan maksiat. Walaupun di peringkat awal remaja, mereka hanya sekadar suka dan bergurau secara luaran namun itu juga dianggap sebagai maksiat.

Percintaan dalam Islam hanya dibenarkan di antara:
  • Hamba kepada Allah
  • Umat Islam kepada Rasullah s.a.w
  • Murid kepada guru
  • Masyarakat kepada pemimpin
  • Isteri kepada suami
  • Anak kepada ibu bapa

Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, adalah utama, maka kecintaan kepada yang lainnya mestilah tidak boleh melebihi kecintaan kepada keduanya. Ertinya mencintai mereka itu hanya kerana perintah Allah dan Rasulullah. Jadi, tidak bolehlah mencintai mereka sehingga sanggup melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya.

Di sini jelas bercinta sesama remaja diharamkan oleh Islam kerana hasil percintaan itu membawa kepada pelanggaran syariat secara jelas. Kerana itu, apa juga perbuatan mereka sama ada menyimpan gambar dan berhubung surat atau telefon adalah berdosa. Jika sudah berlaku sebelum ini maka segeralah bertaubat semoga diampunkan oleh Allah.

Bingkisan daripada buku " Menjawab Masalah Anda" oleh Ustaz Abu Salim Al Mahadi

Monday, August 2, 2010

Ayah kata;

Jiwa kita ni mudah dipengaruhi oleh benda yang buruk daripada yang baik

Jiwa kosong ibarat botol air yang tidak dipenuhi dengan air malah dimasuki pula dengan udara yang tidak pasti kebersihannya. jiwa yang kosong, tiada pengisian akan mudah dipengaruhi oleh sekeliling.

Lafaz tauhid 10x selepas solat maghrib nescaya, akan diampunkan dosa yang lalu dan dibina sebuah rumah di syurga.wallahu a'lam

Memang banyak kebaikan di interney namun mengapa kita lebih cenderung untuk mencari keburukan?

Perbuatan itu lebih baik daripada percakapan.

Orang yang mempunyai pegangan yang kuat dalam diri tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara yangtidak baik.

Manusia yang mempunyai ilmu tapi tidak mengamalkannya tidak dapat menikmati kemanisan ilmu yang dipelajarinya.