Tuesday, August 3, 2010

Maksiat di Peringkat Remaja

Percintaan semasa remaja dalam apa keadaan sekalipun adalah salah di sisi Allah. Ini kerana percintaan ini melibatkan nafsu yang lambat laun akan membawa kepada perbuatan maksiat. Walaupun di peringkat awal remaja, mereka hanya sekadar suka dan bergurau secara luaran namun itu juga dianggap sebagai maksiat.

Percintaan dalam Islam hanya dibenarkan di antara:
  • Hamba kepada Allah
  • Umat Islam kepada Rasullah s.a.w
  • Murid kepada guru
  • Masyarakat kepada pemimpin
  • Isteri kepada suami
  • Anak kepada ibu bapa

Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, adalah utama, maka kecintaan kepada yang lainnya mestilah tidak boleh melebihi kecintaan kepada keduanya. Ertinya mencintai mereka itu hanya kerana perintah Allah dan Rasulullah. Jadi, tidak bolehlah mencintai mereka sehingga sanggup melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya.

Di sini jelas bercinta sesama remaja diharamkan oleh Islam kerana hasil percintaan itu membawa kepada pelanggaran syariat secara jelas. Kerana itu, apa juga perbuatan mereka sama ada menyimpan gambar dan berhubung surat atau telefon adalah berdosa. Jika sudah berlaku sebelum ini maka segeralah bertaubat semoga diampunkan oleh Allah.

Bingkisan daripada buku " Menjawab Masalah Anda" oleh Ustaz Abu Salim Al Mahadi

No comments:

Post a Comment