Wednesday, March 16, 2011

Jangan berfikiran kolot tentang Dajjal

Pengenalan

Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?

KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.

Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.





Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;


A. Gambaran paling kolot !
  • Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
  • Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
  • Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah

B. Gambaran kolot !
  • Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
  • Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
  • Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.
  • Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”





Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;



A. Penyelesaian paling kolot !

“Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi“
“Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
“Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”


B. Penyelesaian kolot !

“Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”

“Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”

Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.









Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?

Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.

Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.

Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.

Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.

Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.

Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.


Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.

Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.


Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.







Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?
Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.

Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam.



Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.


Na’uzubillahiminzaalik…..




Sumber;
http://www.facebook.com/home.php#!/home.php?sk=group_179221068755548&ap=1

Tuesday, March 1, 2011

25 Tip Kuruskan Badan





Semua orang ada cara masing-masing untuk kuruskan badan kan? Ada yang tak makan nasi sampai 2-3 bulan, ada yang makan nasi sekali sehari je, ada yang sanggup ikat perut hanya dengan makan bende yang hahha remeh temeh yang memang tak sihat la kan. Saya? Oh saya agak susah nak berdiet sebab terlalu banyak sangat kekangan apa lagi kalau kita duduk rumah masa cuti ;o Oh tapi ada la juga diet secara tak langsung yang boleh turun sampai 3-4 kilo ni seperti musim exam apalagi kalau exam yang sampai 3 minggu ni haihhhh , bulan puasa oh ni part yang best ni dan musim persekolahan ;D Time time ni je la dapat rasa badan ringan kalau tak bila lagi kan? haha tapi yang merosakkan sessi menguruskan badan adalah pada waktu cuti dimana naik sampai berkilo kilo tak reti nak turun balik. Macam yang kita selalu cakap' Sekali naik susah nak turun ' T_T


Tapi kali ni tak perlu susah susah, kerana oh ada tip-tip yang dipetik dari laman-laman sesawang yang boleh dipercayai dan mungkin berkesan buat anda semua KALAU dilakukan secara berterusan ye? Jadi GOODLUCK! oh kau pun kene buat jugak zirwa - -'





1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan


  • Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.


  • Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.


  • Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana nak mengawal kuantiti pemakanan?!


  • Roti canai ... hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.


  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Hanya perlu kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip mudah ini.


  • Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.


  • Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.


  • Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.


  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Juga perlu diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.


  • Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.






11-20: Senaman


  • Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

  • Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?
  • Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.

  • Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih ... penting kualiti senaman.

  • Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

  • Senaman untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

  • Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

  • Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

  • Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.






21-25: Suplemen dan makanan tambahan



  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil

  1. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

  2. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

  3. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

  4. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

  5. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.







G O O D L U C K ;D