Monday, August 29, 2011

"Orang yang kuat bukan kerana mampu mengalahkan lawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menundukan nafsunya di saat ia sedang marah."

Sempurnakah Ramadhan Kita

Dalam kesibukkan kita untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan ditambah dengan saki baki Ramadhan yang masih tinggal tidak kurang beberapa hari lagi, adakah pernah terdetik di hati kita untuk bertanya sama ada Ramadhan yang telah kita lalui pada tahun ini telah benar-benar mendidik jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang.

Pernahkah kita tertanya apakah Ramadhan kita telah diterima dan segala dosa-dosa kita telah diampun oleh Allah s.w.t. Dalam pada itu apakah saudaraku sekalian masih mengingati tiga doa yang diaminkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah didoakan oleh Jibrail A.S.



Ketika Nabi S.A.W menaiki tiga anak tangga mimbar baginda berhenti di setiap anak tangga dan mengucapkan amin di ketiga-tiga anak tangga tersebut. Para sahabat lalu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah diaminkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya :

"Nabi S.A.W menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?" Baginda S.A.W menjawab:


"Jibril A.S datang kepadaku, dan berkata: "Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin," Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut"amin".

Jibril berkata lagi: "Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin." Lalu aku pun berkata: "Amin".

Berkata Jibril lagi: "Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin." Lalu aku pun menyebut: "Amin."




Salah satu doa yang diaminkan ialah berkenaan sesiapa yang tidak merebut peluang untuk mendapat keampunan Allah S.W.T pada bulan Ramadhan maka dia antara orang yang akan rugi kerana akan dimasukkan ke dalam Neraka Allah S.W.T.

Apakah kita di antara golongan manusia yang telah diberikan peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini termasuk di dalam doa yang diaminkan oleh baginda S.A.W.

Oleh itu saudaraku sekalian ingatlah doa yang telah diaminkan oleh Rasullulah s.a.w. ini dan rebutlah peluang yang masih berbaki, tidak berapa hari ini untuk mencari keampunan Allah S.W.T. Raya, raya juga, tapi jangan lupa untuk mencari peluang yang masih tinggal. Takut-takut inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.


Buat renungan bersama ;)

- Artikel iluvislam.com

Anggun Pesona Aurat Terpelihara ;)

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian.

Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]

Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;

  1. Bapa kandung
  2. Bapa mertua
  3. Bapa susuan
  4. Anak kandung
  5. Anak tiri (yakni anak suami)
  6. Anak susuan
  7. Saudara lelaki kandung
  8. Saudara lelaki susuan
  9. Anak saudara lelaki
  10. Bapa saudara

Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.




Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke Neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

01.Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.

02.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di Akhirat nanti.

04.Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di Akhirat kelak.

Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke Neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke Neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.

Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, Syurga terbentang sedia, masih Neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.

Wallahu'alam.


- Artikel iluvislam.com

wow

Wowwww wowwww esok rayaaa ;o cepatnyaa masa berlaluu,rasa macam baru semalam start puasa and wowwwww hahhaha dah nak trial SPM! ;o T_T and andd wowwwwwwww dah nak SPM ;O hahaha, untunglahh budak PMR yang trial sebelum raya,dapat sambut raya sakann ;p Masa berlalu dengan sangat pantas kan? Dah form 5 dah pun, dah nak habis sekolah ;( Rasa macam baru habis PMR hihihi. Apa-apa pun, haha macam biasa kalau dah nak raya nihhhh

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUAAAAA UMAT ISLAM YANG MERAIKANNYA DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA MEREKA YANG KENAL DIRI INI ;)


p/s: Bagi mereka budak budak spm, berayalah anda bersama buku-buku tercinta ^^

Sunday, August 28, 2011

Siapa yang tak pakai tudung dan berkata ' saya tak nak jadi hipokrit kerana pakai tudung' maka itulah orang yang hipokrit dalam beragama

-sham kamikaze



Sumber:

Wallahu a'lam
Utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia ;)

Wednesday, August 17, 2011

Dalam hadis Nabi SAW:

“Org yg meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang
yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya
di dalam Ka'bah. Dlm hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan
solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa
dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun terdiri
dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu thn
di dunia."


Wednesday, August 10, 2011

50 Tanda Orang Munafik

1 Malas beribadah kepada Allah SWT
2 Lupa kepada Allah SWT
3 Melalaikan solat fardu
4 Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6 Meninggalkan solat Jumaat
7 Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8 Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9 Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10 Riak
11 Hasad dengki
12 Dusta
13 Mungkir janji
14 Bakhil
15 Fitnah
16 Mencaci maki
17 Mengumpat
18 Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19 Mengingkari takdir allah
20 Mempersenda kesucian agama
21 Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22 Menghina sahabat Rasullullah SAW
23 Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24 Menangguh pembayaran hutang
25 Menipu dalam jual beli
26 Ghasab
27 Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28 Memakan harta anak yatim
29 Membuka rahsia orang lain
30 Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31 Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32 Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33 Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34 Bermuka-muka
35 Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36 Sombong diantara sesama manusia
37 Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38 Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39 Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40 Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41 Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42 Mengkhianati sesuatu amanah
43 Memutuskan silaturrahim
44 Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45 Menghalalkan perkara yang haram
46 Membuat kerosakan dimuka bumi
47 Menuduh orang beriman bodoh
48 Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49 Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50 Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.



http://www.facebook.com/awesomeisoverrated#!/groups/179221068755548/?id=260981220579532&notif_t=group_activity