Friday, December 23, 2011

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya lakukan satu dosa saja iaitu makan buah khuldi yang dilarang oleh Allah,sehinggakan air mata tangisannya mengalir menjadi sungai. Bagaimanakah keadaan kita? Adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan. HIsablah diri sebelum kita dihisab.
Ingatlah kematian dalam solatmu,sesungguhnya orang yang mengingati kematian dalam solatnya, nescaya ia akan berusaha untuk menyempurnakan solatnya.

Thursday, December 15, 2011

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...


http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

Tapi Sayang

~ cantik solekan tapi sayang ~

jika tak dapat dibasahi wuduk

~ tegap tubuh badan tapi sayang ~

jika tak pernah tunduk bersujud

~ manis ulas bibir tapi sayang ~

jika tak selalu melafaz zikir

~ mewah kereta tapi sayang ~

jika tak pernah b'singgah di masjid

~ cerdik otak kepala tapi sayang ~

jika tak bole beza dosa & pahala




Wednesday, December 14, 2011


Seseorang menangis, bukan karena dia LEMAH.... tetapi kerana dia sudah terlalu lama KUAT..

Tak Segan ke?

Korang tak Segan ke bila……………
Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah,
dan dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita,
dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.
Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian,
mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.
Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Iluvislam.com

Friday, December 9, 2011



Jannati Baiti ~ Bergambar dengan pasangan yang belum ada sebarang ikatan dengan gaya (bersebelahan scr rapat,berlanggar bahu, berpegangan tangan, dan sebagainya) yang semestinya bertentangan dengan syariat Islam lantas di'upload'kan ke dalam facebook adalah merupakan satu investment (pelaburan) dosa yang 'bijak'...Selamat melabur..semoga diberi petunjuk...:)






Pakai tudung (baik) tapi.....

Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua,, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna.Allah perintahkan wanita bukan sekadar memakai tudung sahaja,tetapi hendaklah melabuhkan tudungnya hingga menutupi dada..


Contohnya:...


#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)

#2 pakai tudung tapi pakai legging (ketat)

#3 pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)

#4 pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)

#5 pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)

#6 pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku

#7 pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem )

#8 pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)

#9 pakai tudung tapi sanggul tinggi sesangat

#10 pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)


Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah .. Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Allah .


Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna. Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama. Moga Allah meredhai kita semua...

Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

What's Your Definition of Aurat?



LEMBU: Hai anjing, apa Khabar? Macam ada yang tak kena saja?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?... ...

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!!!".

LEMBU: Ya, lah. kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba "AWEK" dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak......

ANJING: Wah.. ayat kau memang power la... manusia kena ubah pepatah "PANDAI MACAM LEMBU".....



"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
(Riwayat At Tabrani
dan Baihaqi)