Sunday, January 1, 2012

Amateur Radio


Bila dah kemas almari mula lah jumpa macam-macam termasuklah lesen Radio Amatur saya T_T haha Lesen ni sejak dari tahun 2009 and tamat tahun 2013 tapi tapi tak pernah sekali pun dalam seumur hidup berhubung dengan orang luar dengan menggunakan perkhidmatan ni :P HAHHAHHAA sebab kebanyakannya hanya lelaki yang guna and jarang la pulak dengar perempuan :P Jadi,hanya tinggal 2 tahun sahaja saya boleh guna tapi bila? Antenna kat rumah yang penat penat pasang meninggi dulu dah terjatuh dah dek kene sambar petir. Habis satu rumah blackout haha Alat semua dah simpan. Tak tahu bila masa nak aplikasikan. Tunggulah bila hati dah terbukak :P


Dulu masa ambil exam dia iaitu Radio Amateur Examination (RAE) tak fikir pun nak guna. Yelah dulu ambil exam masa form 2. Orang suruh amik,amik je lah :P Ambil pun sebab nak cuba benda baru dan yang seronoknya kita ada call sign kita sendiri di mana dalam satu dunia cuma kita sahaja yang ada ^_^ Tak rasa macam best ke? Bagi mereka yang ada kereta tu bestlah tampal call sign kat cermin kereta and siap pasang antenna bagai. Tapi bagi pengguna yang takda kereta macam saya ni? haha tampal kat dalam bilik je lah :P



Sebenarnya lagi best kalau kita berhubung dengan orang luar dengan menggunakan radio amatur ni sebab apa? Sebab kita dapat tambah kenalan baru dan berkongsi pengalaman (bagi mereka yang berpengalaman dalam Radio Amatur). Selain itu, ia juga sangat sangat berguna sewaktu bencana berlaku. Sebelum explain panjang lebar mungkin ada yang belum tahu mengenainya. So,apa dia Radio Amatur ni?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi tertentu.



Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan " kod Morse ". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk yang mempunyai syarat panggilannya ( call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian daripada aktiviti pada masa terluang.


Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang menemui mereka.


Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung sesama sendiri. Dengan menggunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini. Satelit ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amatur itu sendiri secara suka rela seperti AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)



An example of amateur radio station with four transceivers, amplifiers and a computer for logging and for digital modes. On the wall are examples of various awards, certificates and a reception report card (QSL card) from a foreign amateur station.


Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.


Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein (JY1A) dari Jordan, Raja Bumibol Adulyadej(HS1A)dari Thailand, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater (K7UGA) dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.


Contoh peralatan radio amatur.


A handled VHF / UHF transceiver






Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran ( band) yang digunakan. Semakin tinggi antena atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya.


Seperti yang telah saya katakan tadi, di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan.


Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysia Amateur Radio Transmitter's Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah membantu Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga pihak hospital di Bukit Antarabangsa, Ampang dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komuniaksi kepada pihak berkuasa bagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.


Kalau nak story mory pasal radio amatur ni memang takkan habis. Jadi, bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut janganlah segan silu malu-malu kucing nak meng-google-ing ye ^^





No comments:

Post a Comment