Wahh, lama jugak tak post. Dah lama blog ni menyepi. Tiba-tiba terbuka pulak hati nak promote satu buku motivasi ni. Karya Prof. Dr. Muhaya :D Kenal tak Prof Dr Muhaya? Kalau tak kenal meh sini cheq habaq sikit naaa? Beliau merupakan dokor pakar mata di Asia Tenggara yang melakukan kaedah LASIK tanpa pisau. Beliau sangat terkenal dengan kata-katanya yang penuh dengan inspirasi dan pernah menjadi penceramah inspirasi untuk para pelajar perubatan di UKM,UM,UPM,CUCMS,AUCMS dan kolumnis beberapa majalah berbentuk keislaman.
Kenapa saya nak promote buku ni? Tengok tajuk pun dah dapat agak kan?Almaklumlah, bagi kita-kita yang bakal bergelar mahasiswa/mahasiswi ni, kemungkinan inilah masalah-masalah yang bakal kita hadapi kelak. Kalaulah ditakdirkan kita mengalami masalah sedemikian kelak,sekurang-kurangnya kita dah dapat jalan penyelesaiannya dan dah 'nampak' macamana kita nak tanganinya kelak,insyaallah ^^
Buku ini merangkumi aspek:
- Pelajaran
- fesyen
- perhubungan
- kesihatan
- kewangan
- dilema dalam diri
- persahabatan
- politik
- disiplin
Antara soalan yang saya nak kongsikan di sini ;DDD
Pelajar bertanya:
Remaja mudah terpengaruh dengan gaya dan fesyen yang pelik-pelik. Kita juga biasa mendengar, "Saya selesa dengan apa yang saya pakai dan saya idak peduli pada orang lain kata." Walaupun sebenarnya, pakaian itu menjolok mata. Pada pandangan profesor, bagaimana cara yang sesuai mahu berkomunikasi dengan orang seperti
ini?Prof. Dr. Muhaya menjawab:
Apabila kawan kita itu mengatakan,"...tidak peduli pada kata-kata orang lain," kemudian kita tambah lagi soalan
itu, "APA PULA YANG ALLAH KATA?" Cuba kita tanya kepada dia, "Mata awak ini, siapa yang berikan? Bayangkan awak bangun tidur pada keesokan harinya, kemudian tidak nampak apa-apa pada sebelah mata. Apa yang awak mahu lakukan?"Maknanya, kita mempunyai hak hubungan yang perlu dijaga. Apabila kita berpakaian yang menjolok mata,sebenarnya kita melangkah hak manusia lain. Ini kerana, manusia diamanahkan bagi menjaga mata. Malah, kita sebenarnya berlaku zalim kepada diri kita sendiri.
Kita faham, setiap kali kita tidak menutup aurat, api neraka sedang menunggu kita. Orang yang sayang kepada dirinya sendiri tidak melakukan maksiat ataupun perkara yang berdosa. Setiap kali kita berpakaian, kita mempunyai dua pilihan iaitu, mahu memilih syurga ataupun neraka.
Beritahu mereka begini sahaja, syurga ataupun neraka, dosa ataupun pahala, iman ataupun nafsu,malaikat ataupun syaitan,mahu Allah redha ataupun Allah murka.
Cuba buat mereka berfikir lagi, setiap kali kita mahu memakai baju, ada dua tiket yang kita perlu pilih. Tiket neraka ataupun tiket syurga. Kita membeli tiket pada setiap hari. Pakai pakaian yang membuka aurat, kita ambil tiket ke neraka. Menutup aurat, kita ambil tiket ke
syurga.
Oleh itu, renungkan tiket yang mahu kita beli, dan kita ambil.Sekian. Ini sahaja untuk hari ini. Soalan-soalan lain yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan akan saya post di lembaran yang seterusnya, Insyaallah ^^
Lagi bagus kalau pi kedai sana terus beli buku ni (^_^)/