Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, driving class buat pertama kalinya kelmarin berjalan dengan lancar ^^ Tujuan post kali ni bukanlah untuk berkongsi peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang kelas kerana anda semua sudah sedia maklum situasi-situasi yang kebiasaannya terjadi dalam kelas memandu yang pertama ^^
Di sini, saya hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi dari guru memandu saya selain daripada ilmu dalam pemanduan kenderaan:)
Cikgu: Hanani selalu mimpi-mimpi ke?
Saya: Ha'ah. Selalulah jugak, terutamanya pasal mati..sejak form 2 lagi.
Cikgu: Takut mati ke?
Saya: Ummm, takut...
Cikgu: Kenapa?
Saya: Sebab tak cukup amalan lagi?
Cikgu:
Sebab kita umat akhir zaman. Umat di akhir zaman yang cintakan dunia dan takutkan mati. Sebab tu sekarang orang kafir tak takutkan umat islam. Zaman Rasulullah dulu, orang-orang kafir takutkan umat islam walaupun pada masa tu bilangan umat islam sedikit. Sebab apa? Sebab umat islam zaman dulu cintakan akhirat dan tak takut mati..malah ingin mati syahid.
............................................................................................................................................................
Setelah berjaya melalui laluan yang berliku-liku
Cikgu: Sekarang Hanani dah tak takut kan?
Saya: Alhamdulillah, sekarang dah kurang sikit rasa takut
Cikgu:
Sebab tu cikgu nak awak lalu sini. Memang manusia akan takut untuk lakukan perkarayang baru. Tapi bila dah buat first time, 25% rasa takut tu akan hilang. Hari kedua, cuba lagi....25% lagi akan hilang.....dan seterusnya hinggalah semua rasa takut hilang. Macam tu jugaklah kalau dengan maksiat.Cuba tengok, kalau orang nak buat maksiat, masa awal-awal mesti takut. Tapi bila dah buat, 25% rasa takut tu akan hilang. Esoknya, dia buat lagi, 25% lagi hilangg...sehinggalah rasa takut tu dah hilang 100%. Sebab tu la lepas tu deaorang dah tak kesah nak buat lagi dah.Sebab tu, jangan sesekali buat maksiat. Jangan pernah sekali pun dalam seumur hidup buat maksiat. Faham Hanani?
Saya: Faham cikgu ^^
Kalau semua cikgu memandu macam ni, memang tak rasa takutlah kat jalan raya. Asyik mendengar dia bercakap hingga tak sedar sebenarnya kita dah lalui semua jalan-jalan yang paling kita takut sangat nak lalu ^^
Terima kasih cikgu.
Segala di atas hanyalah daripada memori yang tidaklah berapa kuat. Jadi, segala salah dan silap harap ditegur:)
Wallahu a'lam.
wah....i loike! i want to be his student too..can?
ReplyDeletehahhaa suree suree, why not? haha tapi aku lupa tanya nama, so ........ haha doa-doa jelah cikgu yg seterusnya macam tu :P
ReplyDeleteala, best nye cg baek macam tu. saya pernah dapat cg yang nak marah jer. rasa xsabar nak keluar drpd kereta tu
ReplyDeletehaha sabar je :) ada hikmah semua tu, nanti mesti lagi fokus and try tak buat salah kan? jadi baguslah kan ^^
ReplyDelete