Tuesday, July 27, 2010
Insha Allah in MALAY? ;D
Alhamdulilah I've just arrived in Bahrain and getting ready for tomorrow’s concert. The Australia Tour was amazing and I'm looking forward to going back there soon isA.All the fans(especially the Malaysian ones)were very supportive inALL the 3 concerts,and I will have a surprise for all my Malaysian fans when I visit Malaysia later this year insha Allah.Are you ready for the song "Insha Allah" inMalay?;) -MAHERZAIN♥
Saturday, July 24, 2010
Katarak Kongenital, Penyakit Selaput Mata Pada Kanak-kanak

Dr. Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM Kelantan.
Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit katarak kongenital dalam bahasa perubatan. Katarak kongenital ialah satu keadaan di mana kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut cahaya telah bertukar menjadi keruh dan keadaan ini dikesan selepas kelahiran.
Kanta mata berfungsi untuk memfokus cahaya yang masuk ke dalam mata dan membentuk imej pada retina. Penyakit katarak menghalang cahaya masuk ke dalam mata dan menyebabkan imej yang kabur terhasil pada retina mata.
Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi. Katarak kongenital boleh berlaku pada satu mata sahaja ataupun melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mewarisinya. Katarak kongenital dilaporkan berlaku antara satu hingga enam kes dalam setiap 10,000 kelahiran di Amerika Syarikat.
Punca
Keadaan katarak kongenital yang berlaku pada satu mata sahaja merupakan kes jarang-jarang berlaku. Pesakit yang mengalami katarak kongenital pada satu mata sahaja biasanya turut mengalami kecacatan kongenital mata yang lain seperti keabnormalan struktur hadapan mata, keabnormalan struktur primer vitreous (gelemaca) dan satu keadaan dikenali sebagai lentikonus posterior.
Pesakit yang mengalami masalah katarak kongenital pada kedua-dua belah mata pula biasanya mempunyai sejarah keluarga penyakit katarak kongenital serta beberapa penyakit yang lain. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis, toxoplasmosis dan herpes.
Gangguan metabolik seperti hypoglisemia, hyperglysemia, hypokalsemia dan galaktosemia turut menyebabkan berlakunya penyakit katarak kongenital. Pesakit yang mengalami penyakit seperti sindrom Down, sindrom Edward dan sindrom Patau juga dilaporkan berisiko mendapat penyakit katarak kongenital.
Tanda-tanda
Penyakit katarak kongenital boleh dikesan seawal bulan pertama kelahiran. Antara tanda awal ialah anak mata hitam kelihatan berwama putih. Keadaan ini boleh berkekalan untuk satu tempoh masa yang lama atau menjadi lebih serius secara perlahan-lahan.
Keadaan ini menyebabkan penglihatan kanak-kanak berkenaan menjadi kabur dan terhad. Mereka juga sukar untuk mengenali objek yang kecil dan halus. Kanak-kanak dengan masalah ini menunjukkan gejala silau pada cahaya matahari dan perkembangan fizikal yang perlahan berbanding kanak-kanak normal yang lain.
Sekiranya mata kanak-kanak menjadi juling dan keadaan bola mata yang bergerak-gerak (nystagmus), ini menunjukkan penyakit katarak kongenital berada pada peningkat yang kritikal
Komplikasi
Penglihatan kanak-kanak yang kabur ini sebenarnya mengganggu perkembangan otak. Umur sekitar empat bulan hingga dua tahun pertama sangat kritikal untuk perkembangan mata dan otak kanak-kanak.
Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali pelbagai jenis objek. Sekiranya proses ini terganggu, kanak-kanak itu tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berkembang dan berfungsi dengan baik.
Fenomena ini juga dikenali sebagai amblyopia atau mata malas. Kanak-kanak dengan masalah ini hanya boleh mengenali objek yang besar dan ini akan mengganggu proses pembelajaran terutamanya kebolehan menulis dan membaca.
Kaedah Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang serius pula mungkin perlu menjalani pembedahan.
Bagi pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang minimum pula, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan pakar mata secara berkala bagi memastikan keupayaan penglihatan berada pada tahap yang memuaskan
Pembedahan katarak perlu dilakukan pada peringkat awal bagi mengelakkan risiko pesakit menjadi buta. Kanta mata tiruan juga mungkin perlu dimasukkan ke dalam mata semasa pembedahan bagi menggantikan kanta mata asli yang telah bertukar menjadi keruh. Antara pilihan selain pembedahan ialah kanta sentuh atau cermin mata bagi menggantikan fungsi kanta mata asal.
Kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan katarak juga akan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pakar mata dari semasa ke semasa. Perkara ini penting bagi memastikan pesakit dapat melihat dengan baik selepas pembedahan.
Friday, July 23, 2010
Tipu Daya Iblis Zaman Ini
Iblis menyesatkan kita dengan pelbagai cara;
Mendatangi dari pelbagai arah.
Surah Al-A’raaf [7] : 17
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".Dari Ali bin Abi Thalhah mengatakan dari Ibnu ‘Abbas r.a yang dinukilkan dari Tafsir Ibnu Katsir,
maksud;
(a) Iblis datang dari hadapan adalah, iblis yang membuat kita ragu akan kehidupan akhirat.
(b) Iblis datang dari belakang pula, iblis yang akan menjadikan kita cinta kepada dunia.
(c) Iblis datang dari kanan, iaitu iblis yang menjadikan perkara agama kita menjadi samar. Kita akan meragui yang mana dari agama dan yang mana bersalahan dengan agama. Contohnya pergi ke kubur setiap pagi raya, duduk di kubur, berpegang pada adat lebih dari syariat dan lain-lain.(d) Iblis datang dari kiri adalah iblis yang menjadikan kita hamba hawa nafsu dengan menyukai kemaksiatan
Angan-angan kosong.
Surah An Nisaa' [4] : 119
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan..."Iblis membisikkan kita dengan pelbagai perkara yang mulanya bermanfaat kemudian dirosakkan dengan hasutan dengan janjinya ‘inilah perkara yang benar dan lebih baik’,
seperti;
(a) Membuat kenduri atau jemputan makan tahlil, kahwin dan sebagainya. Kemudian dirosakkannya dengan kenduri arwah 40 hari atau 100 hari, dan dalam majlis perkahwinan pula, suami isteri disuruh berpelukan dan diambil gambarnya dan banyak lagi. Malah ada juga yang tidak mahu beribadat ketika masih hidup, kerana berpendapat dia akan terselamat kerana ahli keluarganya akan membuat kenduri tahlil apabila dia mati kelak.
(b) Berikhtiar dalam merawat penyakit atau kesulitan dalam kehidupan. Kemudian dirosakkannya dengan mempercayai bomoh, tangkal, ramalan (rahsia-rahsia tarikh lahir, rahsia tahi lalat), sihir dan seumpamanya.
(c) Bersolat fardhu dan sunat, kemudian dirosakkannya dengan solat tergesa-gesa dan tanpa tamakninah (diam sebentar pergerakan sebelum meneruskan gerak solat seterusnya). Paling menonjol adalah waktu iktidal, ramai yang gagal untuk tamakninah ketika iktidal ini.
(d) Menyambung silaturrahim atau mempererat silaturrahim di facebook dan sejenisnya (blog, myspace dan lain-lain). Kemudian dirosakkannya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, gambar membuka aurat, memfitnah, menyeleweng fakta dan kerosakan lainnya.
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2783

Monday, June 28, 2010
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki .
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.
Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung.
Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa.
Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.
Sentiasa bermanis muka.
Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Wednesday, June 16, 2010
TAG :p
Grrrr, tiada motif,ahahha
What is your name : Zirwa
A four letter word : G R R R
A boy's name : Maher Zain :P
A girl's name : Nurul Atira
An occupation : pharmacist? :P
A colour : turqouise & green;D
Something ur wear : baju sekolah ,ahaha
A food : oO p e c a l :D
Something found in the bathroom : Shower? ahahah
A place : Bdr Baru Bangi ;D
A reason to being late : jam rosak,ahaha
Something u shout : Lapa laaaaaa ! G r r r r
A movie title : Ketika Cinta Bertasbih:P
Something u drink : Tinge & oxygenizer,ahahha
A musical group : ntah, maher zain tu musical group ke? ahahha,
A street name : 2/2b - -' takde keje
A type of car : mini-cooper?AHAHHA

Monday, June 14, 2010
sapa-yg-baik-hati ;p
Friday, June 11, 2010
Imagine Your Death

Imagine yourself after you pass away
Imagine your grave through night and through day
Wishing that you did not do as they say
Wishing that you had got up and had prayed.
Imagine, my friends, the day that you died
Imagine all of the tears that they cried
Remember how it felt when your body was tied
Remember how it felt in the grave which you lied.
Imagine the day you'll be called to account
Imagine the sum to which your life will amount
Think for a moment of the deeds which you mount
Think for a moment how much they will count.
What will they say of you when you are dead?
What will they say, what will be said?
Will they speak of all the poor who you fed?
Will they remember all the Qu'ran that you read?
Think not of them, but of Allah, Lord of mankind and jinn
Think of Allah when tempted to sin
Think of the paradise which you will dwell in
Don't wait till later to think what might have been.
iloveallaah.com
Tanyala tanyala kenapa aku post ni;] sebabbbbb nila yang aku pikir every day sampai terbawk2 dlm mimpi T-T So, renung2kan la ye. Hidup ni tak lama selagi jantung tu berfungsi buatla apa yg patut ye dan tak perlu la dijelaskan disini kerana semuanya tahu ape yg patut dilakukan ;]
Wednesday, June 9, 2010
Bila dah berkurun tak jejakkan kaki di Sg. Air Tawar ;D
Ok, best-nye perasaan bile boleh online balik :D heee, 5 hari kat kampung tersangatlah best sbb bdk ni dah berkurun tak balik,agagagga.ok disini saya mahu list-kan semua yg bdk ni buat disanaa;)
Hari pertama;
- Dlm kereta psg lagu raya.HAHA, semangattt mcm nk balik raya pulak kan?
-Berhempas pulas kat rumah Lek Ti, ceeeee. busy la kononnn
-Menikmati sunset kat sawah bersama farhi busukk and and banyak burung;D - -' mcm x penah nmpk burung pulak,ahahha
-Sblm pegi rumah mbah tgh mlm tu singgah la kejap di Uptown Sg. Besarrr, HAHA.merepk dan terus merepek :P
Hari Kedua;
- Bangun and layan cite indon,HAHA
-Pegi memancing sebentar~ ahaha, dapat ikan puyu and mata dea terkeluar and lpskan balik,tak sanggup nk goreng dea
-Pegi rumah Lek Ti lagi,wedding~ tak perasan pulak sume baju warna merah tapi Fea hijauuu,nak juga kontra ngan org lainn
-Orang tu letak nasi sampai 2 senduk - -' BANYAK GILEEE mmg mcm ular bunting dah lps tu
-Fea..posing habisla
- Balik and sambung layan movie :D
- Bdk2 naik motor 3 roda ramai2,haha
-Sessi bergambar bersama Fea di depan rumah mbah,kan Fea?
-PALING PENTING, aku belajar naik motor:D eh tak, scooter jeee. ahaha. tau la cume scooter but do i care?ahaha,
-Mlm, make-up make-up Fea
Hari Ketiga;
- Main badminton di pagi hari:) kan bagus tu kan?ahaha
-Hasif tanam balik pokok yang Sarah cabut - -'
-Fea main laptop
-Cuci mata kjap kat Sg Besar :) and yg paling penting banyk GILE makan - -'
- Fea posing kat shopping complex,HAHA
-Ptg, pegi rumah Cik Ti makan mee hailam:) sedapp woooo
-Balik sambung layan movie;)
-Mlm, layan Kcb,heeee
Hari Keempat;
-Main kat rumah Lek Ton ;)
-Bdk2 tu main kat bangsal pisang,ahaha.semangattt
-Aku timbang kat penimbang pisang and and and you know whattt! aku dah naik 2 kg - -' Ok baru bape hari kat kg dah naik,grrrrrr
-Mlm aku bantai buat sambal kicap pedas2 utk deaorg,HAHHA. tp deaorg layan gak sambal kicap tu :P
-Mlm terakhir mcm ni la nk makan sume benda sbb beli mknn banyk gile tp tak makan2, soooo
mlm tu kitorg tibai chocolate,nugget 1 bungkus and banyak gile kentanggg. tgh mlm makan ice-cream - -'
-Sessi usrah bersama Aliya and the gang!,ahaha. bnyk benda aku baru tau oO okayyy, makin lama makin menarikkk;D
-Sessi usrah diselangi dgn cerita vampireee,ahahha
Hari Kelima;
-Okayyy dah nak balik T_T
- Siap2 tros pegi and and Fea merengek tgh2 jalan! bape bnyk kali dah stop,wooooo
- Time kat sekinchan baru dea tdo, tdo kat bahu aku ni haaa, kebas tau takkk.dea tdo macam tu sampai la kat puncak perdana T_T kebas tak terkataaa,ahaha
-Lepak rumah Cik Mas japp, online sebentar:) saya pandai curi masa kan?
-Ptg, shopping kat Jakel,Shah Alam.ahaha sampai kering wallet deaorg,ahaha
-Bnyk masa lagi so, pegi a Alam Sentral jap :P
- Igt nk tdo kat sana jee tp k.ehan nak balik gak, nasib baik Fea ok jeee,agaga.tp jam tak terkataaaa
- Sampai rumah, tros tdooo. nmpknyee aku kene kurung la kat rumah k.ehan ni.ahahha
Okayyy,sampai disini sahaja saya nak merepek. Even cume balik kg. tp rasa macammmm xDDD

Friday, June 4, 2010
Sabar je la - -'
Ok, tgh2 semangat nak buat video Fea, tibe2 stuck( maslaahnya dah banyak kali bukan sekali dua T_T) berderet pulak tu nk buat vid lepas ni, waaaaaaaaaa. tinggal nak save je trus stuck then bile bukak balik ternyata segala usahaku sejak pagi tadi tidak membuahkan hasil - -' Nampaknya terpaksala buat lagi sekali ! Gahh! Ni la yang paling aku benci bile nak buat vid. ni T-T Fea punya pasal cik wa buatkan jugak yee:D
Lepas ni berderet dah vid kene buatt, trip jb, bandung, klass, wedding, raya oO ok ini sangat banyak adnandand nanti kene buat power point pasal ANEROXIA NERVOSA! woooo. tu yang tak saba tu ,ngeee~ andandand kene rearrange SEMUA folder gambar kat pc yang SANGAT berterabur. Gahh! padan muke kau zirwa sapa suruh tangkap gamba bnayak sgtt, nak burn cd abg shoki tak install lagi mende alah tu - -'
Petang ni nak kene balik kg dahhh sampai rabu XD ok, insan ini memang tersangatlah lama sudah tidak menjejakkan kakinya di kampung mbah;) soooo, bnykla plan kat sana:D Kita nak buat macam2 kan k.ehan?
Ook2 enough Zirwaa cepat siapkan vid Fea. Ook sampai disini sahaja coretan zirwa sengal ! HA HA

Friday, May 28, 2010
ADAM & HAWA
Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.
http://www.facebook.com/profile.php?viewas=100000686899395#!/group.php?gid=364558933325
M E M A N G S U S A H K E
Susah sangat ke
Ke buat buat susah
Takde cara lain ke
Kenapa jadi macam tu
Memang susah ke
Okay, memang susah
Yang penting
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi
Benda yang tidak dijangka
Itu yang selalunya berlaku
Jadi biarkan
Ia terjadi dengan sendirinya

Saturday, May 22, 2010
Wanita Ibarat Epal
Epal yang tidak berkualiti,Amat mudah diperolehi,
Kerana ia berguguran di tanah,
Tapi epal yang tak mampu dibeli,
Ia berada di puncak,
Susah digapai
Terkadang epal itu risau,
Kenapalah diriku belum dipetik
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri menyembah tanah
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi,
Elok sifatnya,
Sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.
Hanya oemuda yang benar2 hebat sahaja yang bisa memperolehinya,
Mungkin bukan di dunia
Tapi mungkin di akhirat?
Biarlah jodohnya bukan di dunia
Asalkan cinta ILAHI mengiringinya.
Best tak aku buat :D Ceee takde a, ahahha. Ni amik kat dalam majalah mana ntah, saje type balik nak kongsi cerita.
Saturday, May 15, 2010
ADDICTION
MAHER ZAIN XD Diperkenalkan oleh Amir Muzaffar. This year ko kalau tak salah;] mule2 try la dgr lagu dea and and i'm -fall -in -love -with -his-songs. AHAHHA. Open your eyes-For the rest of my life- insyaallah -THE BEST OKAYYY ;D
TINGE XD Diperkenalkan oleh Shera last yearrr.Fruit Fusion sedap ^ ^ Skrg tgh buat collection botol ni,agaggagag. Paling best kalau bekukan air Tinge andandand esoknya minum sejuk2 baru feel~ Skrg dh ade design baru XD Penuh la almari.AHAHHASKITTLES XD Diperkenalkan oleh Uzair this year. Ok at first mmg tak suke sbb aku mmg tak minat sgt sweets ni but but but sekarang ni dekelilingi oleh org yang suke mkn skittles ni so mcm dah 'ter'suke,ahahha. Skittles make my day :)
OXYGENIZER XD Ok.ahahha yg ni tak diperkenalkn oleh sape2. Baru discover malam td:P Jumpe kat Gurdian. Mula2 tgk lawa a botol ni sbb ntah cm lawa kan,, tgk harga pun LAWA! RM3.48 - -' Mineral water smpai Rm3 lebih.Perghhhh. Mule2 jeling2 je lama2 sampai la pulak botol tu kat kaunter :P saje nak test kan best ke kan? mesti la bestkan air mineral mahal,AHHAHA.Dan itu sahaja setakat ini, Terima kasih :)
Thursday, May 13, 2010
Kisah budak dah nak rabun
YA ALLAH, Penat penat serius penat T-T
Bgn pagi je dah x sedap bdn, tekak gatal gile! kaki sakit kepala sakit yg teramat sgtttt @_@. every morning aku selalu layn karenah shera,ahahha.tp hari tak boleh, nk telan air liur pun sakit. sian shera aku tak layan dia,AHHAHA
lps perhimpunan pulak discuss psl anugerah hari guru, Gahhh igt nk kene hantar & kutip borg je,rupenyee kene kira sekaliiii. kira form 1 pulak tu. form 1 punyala ramai wooo. 12 klass - -' tp cm takpe a, bukn selalu kan,ahaha
Naik klasssss tmpt aku zahidi dudukk, i was like tuttttttt. sekali kene duduk blkg sekali.nvm la kan tukar angin skit.ahahha. kepala sakit bukan kepalang. tgk whiteboard tak nampak satu apa pon! aaaaaa sah kene pakai spec T_T mmg kat klass cm nk tdo jeee. x boleh nk bukak mataaa. Naseb baikkk aku bwk air mineral,ahahha
" Kalau awak semua ni ngantok bawakla air mineral dengan sweets. takpe saya benarkan mkn sweet dlm klass saya daripada awak semua ngantok" - Pn Siti Intan
" Shahrizat dah hantar buku?"
"sape shahrizat teacher?"
"awaklaa,sape lagi"
"saya shahirah la teacher T_T" -Teacher mmg selalu lupa nama shera :P
"Abdul Hafiz, kalau nak tiru sekali pun biala pandai sikit,sepatutnya loyalty yg awak tiru royalty tu kenapa. Ha tulaa asik tiru kerja farah dina, ni asik tiru2 ni ade apa2 ke between you and farah dina?"
"Be patient be patient ye Hazeman, five more minutes then you'll go for recess"
"Zirwa, Biela dah tak payah nak peluk2, cepat susun meja nak trial ni"
"Okay, you pegi kat kereta i, amik LCD, box putih besar and buku panjang kat seat blkg"
TU SEMUA AYAT FAV. YG TEACHER :DD ANDANDAND AKU TAKKAN PENAH LUPEEE:)
eh,sambong cerita balik ye. sampai mana td? ha! then time rehat mmg sakit mata laaa ,nk tgk org pun x bestt sume kabur. mmg sepanjg time rehat tu aku mengecikkan mata aku utk tgk org,ahaha. sbb cm silau wooooooo.kepala berdenyut2 pulak tu,agagagaga
Lps rehat pulak time addmath dok depan skali, PERGHHH bwah kipas tuu laju takyah ckp laaaa. ngantok T_T. ahaha.cerewet betol, dok blkg x kene dok depan x kenee. NAK TMPT AKU BALIK:(
Hari ni mmg aku tak kesah ape nk jd ngan tudung aku, aku jln pun cm terhuyung-hayanggg. ape lagi illya la jd mangsa tmpt aku berpaut,ahahha

Subscribe to:
Posts (Atom)