Tuesday, May 31, 2011
Thursday, May 26, 2011
You can do it ;3


Sunday, May 1, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Jangan berfikiran kolot tentang Dajjal
Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?
KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.
Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.
Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.
A. Gambaran paling kolot !
- Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
- Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
- Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah
B. Gambaran kolot !
- Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
- Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
- Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.
- Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”
“Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi“
“Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
“Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”
B. Penyelesaian kolot !
“Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”
“Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”
Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.
Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?
Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.
Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.
Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.
Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.
Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.
Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.
Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.
Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.
Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.
Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam.
Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.
Na’uzubillahiminzaalik…..
http://www.facebook.com/home.php#!/home.php?sk=group_179221068755548&ap=1
Tuesday, March 1, 2011
25 Tip Kuruskan Badan
Semua orang ada cara masing-masing untuk kuruskan badan kan? Ada yang tak makan nasi sampai 2-3 bulan, ada yang makan nasi sekali sehari je, ada yang sanggup ikat perut hanya dengan makan bende yang hahha remeh temeh yang memang tak sihat la kan. Saya? Oh saya agak susah nak berdiet sebab terlalu banyak sangat kekangan apa lagi kalau kita duduk rumah masa cuti ;o Oh tapi ada la juga diet secara tak langsung yang boleh turun sampai 3-4 kilo ni seperti musim exam apalagi kalau exam yang sampai 3 minggu ni haihhhh , bulan puasa oh ni part yang best ni dan musim persekolahan ;D Time time ni je la dapat rasa badan ringan kalau tak bila lagi kan? haha tapi yang merosakkan sessi menguruskan badan adalah pada waktu cuti dimana naik sampai berkilo kilo tak reti nak turun balik. Macam yang kita selalu cakap' Sekali naik susah nak turun ' T_TTapi kali ni tak perlu susah susah, kerana oh ada tip-tip yang dipetik dari laman-laman sesawang yang boleh dipercayai dan mungkin berkesan buat anda semua KALAU dilakukan secara berterusan ye? Jadi GOODLUCK! oh kau pun kene buat jugak zirwa - -'
1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
-
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
-
Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
-
Roti canai ... hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
-
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Hanya perlu kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip mudah ini.
-
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
-
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
-
Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
-
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Juga perlu diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman
- Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
- Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?
-
Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
-
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
-
Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih ... penting kualiti senaman.
-
Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
-
Senaman untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
-
Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
-
Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan
Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil
Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
Thursday, February 3, 2011
COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'
Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...
**************************************************
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
**************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!!
jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..
ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
sumber: Nurul Syahirah - republicIslam@groups.facebook.com
Tuesday, February 1, 2011
Bulan Februari ni pasti ramai anak2 muda tak sabar menunggu Valentine Day bukan? Mungkin mereka masih jahil.. Ingatlah bahawa sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam kaum itu.. Sedarlah wahai anak2 muda.. Padamlah segala kerosakan yang telah mereka bawa ke dalam diri kita.. Orang yang beruntung adalah mereka yg sentiasa bertaubat apabila menerima ilmu yg mereka tidak ketahui.
'Delete' 14 Februari Dalam Kalendar Minda Kita! renungan bersama~
Saturday, January 15, 2011
20 Tips to be a successful student
As many students are having difficulties in their ways to success, I’d like to share with you all 20 tips to be a successful student. I hope you all will like it and please do not thank me for doing it. Just inform me if it is working well for you.
20 Tips to be a successful student
1. We must believe that we are originally successful as stated by Allah S.W.T in the Qura’n in Surah At-Tin :
95:4 Surely We created man of the best stature.
This means Allah has created us with everlasting success and as caliphs on earth we should know how to find and bring out the success ourselves.
2. Our brain is divided into 2 parts: left hemisphere and right hemisphere. The right hemisphere functions to think logically, critically, think about science and anything that’s considered in this area. The left hemisphere functions to think creatively, literary and else that’s called creative. Normally, many students use the right hemisphere to learn but the fact is, learning is excellent and you’ll learn at the maximum stage when you use both sides of your brain. Here we can conclude than we should learn with both sides of our brain to get the maximum understanding when we’re learning.
3. Don’t ever believe that you’re an ordinary person with nothing to be proud of. Here, I don’t ask you to be proud of yourself or what, the thing is, you must believe and feel confident that you’re created with success. You must believe that you’re truly a successful person. But you must find the success first before believing it that way.
4. Remember these facts:
We remember 10% of what we read
20% of what we read and listen
(listen to teacher)
50% of what we read, listen and see
(pay attention to teacher)
70% of what we read, listen, see and say
(say everything we have learnt loudly)
90% of what we practice daily
(do exercise after study daily, every time you’ve finished studying)
5. Learn actively with your fingers pointing at what you’re learning to increase your attention. Draw a mind map every time after you’ve finished studying.
6. Learn 2 ½ -3 hours a day for high school students and 4-5 hours a day for those in university.
7. Learn in a conducive surrounding:
a) Green /yellow/ both surrounding
b) Sufficient light
c) A bit hotter (no air conditioned room please)
d) Lower noise
e) IMPORTANT: Don’t ever try to learn with music. It might cause your brain to be confused. You aren’t learning actually but reading! As said by many scholars, there’ll no barakah to those who learn this way. NO BARAKAH FROM ALLAH! SO, STOP LISTENING TO MUSIC WHEN YOU’RE LEARNING! (Music is Haram)
f) Paste motivation posters like Qura’n phrases (most recommended) and your own motivation like: I’m clever! I can do it! Of course I can! Allah’s with me!
g) Learn towards kiblah. If you’re capable to do this (most recommended) change you table’s position towards kiblah. And if can, please remove your table’s position to be near to the window as brain need oxygen and sugar (this will be explained later) to operate excellently.
h) Wear some perfumes (girls, please listen. Do not wear it outside or when there’s ajnabi around (non muhrim men around) it might cause a BIG sin. Wear it a bit when you’re studying).
i) Smile when you’re studying.
8. Don’t ever try to leave your class (when you’re in school or etc) without any good reason. This could cause the teachers to hate you and stop praying for your success or in the other hand: NO BARAKAH FROM ALLAH! If you cannot avoid from leaving your lesson, you should ask for apology and notes from your teachers.
9) Learn with output learning:
a) Read first
b) Try to remember back
c) Draw a mind map
d) Check your mind map and compare it to the real note.
e) Speak out loudly what you’ve learnt
9. You should know how to motivate yourself when you fail to get what you’re targeting to own.
10. Write the positive deeds you’ve done in your diary daily. This could help to motivate you.
11. Be friend with positive people.
12. Try to help others to be the best. If you do it this way, Allah will help you to be best too. Insha Allah.
13. Pray to Allah every second…as possible as you can.
14. Always be early in everything. For example, sit in front in your class. Prepare for your exam earlier. Read any related thing or the subject you’ll learn before being taught by the teachers.
15. Always recite Surah Al Insyirah ‘Alam nasyrah’ before you learn, sit for exam. Recite Yaasin or Qura’n 2 ains daily.
16. Learn in short session: Every 20 minutes, stop for 2-3 minutes to drink water and etc. You won’t feel bored this way.
17. Revise as soon as possible before 24 hours. For instance, if you read Geography that morning, at night you should revise it back.
18. You should know how to strengthen your memory.
a) Do not eat fish head, internal organs like heart of animal (If you want to eat those food, please recite Bismillahillazi layadurru maa’s mihi shaiun fil ardi wala fissama’I wahuassami ul allim ( ANYONE WHO KNOWS ARABIC, PLEASE HELP ME TO WRITE IT IN ARABIC). Please do not eat any food that’s being polluted….has ant in it (there’s a sahih hadith about it).
b) Drink one hour before/after eating as done by Rasulallah S.A.W. Learn 2 hours after eating to avoid from being sleepy. Eat before iftar if possible.
c) Do not eat to much as Umar Al Khattab said it isn’t good for health and your mind. You’ll feel sleepy if you do it.
d) Do not see your private side frequently. It can cause you to be an absent minded and you might have sight problem.
e) Do not look at bubbles. Do not read dead people names at the graveyard. Scholars believe bubbles will cause your memory to burst like bubbles too and dead people names will cause your brain to be dead.
f) Eat a lot of nuts, peas and beans. Eat raisins, honey and dates too.
g) Wear hair oil.
h) Exercise weekly to be fit all the time.
19. Make a flexible timetable. You can have rest, study, and play in it. Include all good points like learning, your hobby and etc. But remember do not do something like learning for a long time, it will cause you to be bored. And do not play for too long time, you’ feel tired and you cannot study after that.
20. Make salah Tahajjud and Hajat daily. Pray for every muslim especially your friends, parents and teacher.
Above all Perform Your Salaah Daily....
An Aleem said (on Islam Channel): A person can not learn by two things
1) Arguing with a Fool
2) Arguing with your Teacher (Always respect your teacher as u respect ur Parents..
It did work.. When I was in College I was studing 18 units + As Use of Maths throughout 2 years.. N I end up getting 12 Distiction (A) and 6 Merits and B for my AS Use of Maths... I m not trying to say i m clever. I would request all brothers n sisters to perform salaah..
If u stuck some where while doing some revison.. Perform 2 Rakah Nafil.. and ask Allah SAW to give u Tufiq to learn.. Show u anything is hidden.. Make things ease for u.. Teach you what you do not know.. This is the Dua which is used to make by our Muslim Scientist as in mention Harun Yahah Documentary
Allah knows Best
http://www.turntoislam.com/forum/showthread.php?t=7791
Thursday, January 6, 2011
Friday, December 31, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Tuesday, December 21, 2010
ISLAM TAK MENGHARAMKAN CINTA
Akhi, saya dah berhenti couple, tapi…
Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.
Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.
Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.
Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up.
Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.
Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.
Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”
Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.
Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.
Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.
Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?
Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?
“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?
Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.
Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.
Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?
Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?
Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?
Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.
Penutup: Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.
Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.
Friday, December 17, 2010
Wednesday, November 17, 2010
Part 28
Ya, terdapat banyak benda yang tidak betul dengan institusi keagamaan kita hari ini. Tetapi kamu rasa siapa yang bertanggungjawab menghasilkan semua ini?
Nak tahu lebih lanjut sila ke http://www.youtube.com/watch?v=wsnvMt1A1yE
The Dajjal Is Here
sekiranya ada masalah dengan pemahaman kerana blur apakah mesej yang nak disampaikan sebenarnya, anda boleh pergi ke http://www.youtube.com/watch?v=YaqybvymYIE Tonton bermula dengan part yang pertama ye,



