Assalamualaikum w.b.t
Bagus betul cik adibah kita dalam menyampaikan mesej. Harap video ini dapat memberi inspirasi baru buat semua muslimah di luar sana ^^
p/s: thanks Syida for sharing this video

Sebab kita umat akhir zaman. Umat di akhir zaman yang cintakan dunia dan takutkan mati. Sebab tu sekarang orang kafir tak takutkan umat islam. Zaman Rasulullah dulu, orang-orang kafir takutkan umat islam walaupun pada masa tu bilangan umat islam sedikit. Sebab apa? Sebab umat islam zaman dulu cintakan akhirat dan tak takut mati..malah ingin mati syahid.
Sebab tu cikgu nak awak lalu sini. Memang manusia akan takut untuk lakukan perkarayang baru. Tapi bila dah buat first time, 25% rasa takut tu akan hilang. Hari kedua, cuba lagi....25% lagi akan hilang.....dan seterusnya hinggalah semua rasa takut hilang. Macam tu jugaklah kalau dengan maksiat.Cuba tengok, kalau orang nak buat maksiat, masa awal-awal mesti takut. Tapi bila dah buat, 25% rasa takut tu akan hilang. Esoknya, dia buat lagi, 25% lagi hilangg...sehinggalah rasa takut tu dah hilang 100%. Sebab tu la lepas tu deaorang dah tak kesah nak buat lagi dah.Sebab tu, jangan sesekali buat maksiat. Jangan pernah sekali pun dalam seumur hidup buat maksiat. Faham Hanani?
Kadang-kadang ALLAH S.W.T patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita. DIA hancurkan hati kita agar kita kembali padaNYA. DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan. Dia beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan. DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri. kadang-kadang ALLAH ambil semuanya dari kita agar kita tahu nilai semua benda yang dia beri. Begitulah kasih sayang PENCIPTA, Maha Esa, Segalanya adalah milik-Nya

"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Bila dah kemas almari mula lah jumpa macam-macam termasuklah lesen Radio Amatur saya T_T haha Lesen ni sejak dari tahun 2009 and tamat tahun 2013 tapi tapi tak pernah sekali pun dalam seumur hidup berhubung dengan orang luar dengan menggunakan perkhidmatan ni :P HAHHAHHAA sebab kebanyakannya hanya lelaki yang guna and jarang la pulak dengar perempuan :P Jadi,hanya tinggal 2 tahun sahaja saya boleh guna tapi bila? Antenna kat rumah yang penat penat pasang meninggi dulu dah terjatuh dah dek kene sambar petir. Habis satu rumah blackout haha Alat semua dah simpan. Tak tahu bila masa nak aplikasikan. Tunggulah bila hati dah terbukak :P
Dulu masa ambil exam dia iaitu Radio Amateur Examination (RAE) tak fikir pun nak guna. Yelah dulu ambil exam masa form 2. Orang suruh amik,amik je lah :P Ambil pun sebab nak cuba benda baru dan yang seronoknya kita ada call sign kita sendiri di mana dalam satu dunia cuma kita sahaja yang ada ^_^ Tak rasa macam best ke? Bagi mereka yang ada kereta tu bestlah tampal call sign kat cermin kereta and siap pasang antenna bagai. Tapi bagi pengguna yang takda kereta macam saya ni? haha tampal kat dalam bilik je lah :P
Sebenarnya lagi best kalau kita berhubung dengan orang luar dengan menggunakan radio amatur ni sebab apa? Sebab kita dapat tambah kenalan baru dan berkongsi pengalaman (bagi mereka yang berpengalaman dalam Radio Amatur). Selain itu, ia juga sangat sangat berguna sewaktu bencana berlaku. Sebelum explain panjang lebar mungkin ada yang belum tahu mengenainya. So,apa dia Radio Amatur ni?

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.
Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein (JY1A) dari Jordan, Raja Bumibol Adulyadej(HS1A)dari Thailand, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater (K7UGA) dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.
Contoh peralatan radio amatur.

A handled VHF / UHF transceiver

Kalau nak story mory pasal radio amatur ni memang takkan habis. Jadi, bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut janganlah segan silu malu-malu kucing nak meng-google-ing ye ^^
Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya lakukan satu dosa saja iaitu makan buah khuldi yang dilarang oleh Allah,sehinggakan air mata tangisannya mengalir menjadi sungai. Bagaimanakah keadaan kita? Adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan. HIsablah diri sebelum kita dihisab.

