Wednesday, February 8, 2012

Hijab and Fashion by Adibah

Assalamualaikum w.b.t


Bagus betul cik adibah kita dalam menyampaikan mesej. Harap video ini dapat memberi inspirasi baru buat semua muslimah di luar sana ^^




p/s: thanks Syida for sharing this video

Monday, February 6, 2012

Kalau semua cikgu macam ni




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, driving class buat pertama kalinya kelmarin berjalan dengan lancar ^^ Tujuan post kali ni bukanlah untuk berkongsi peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang kelas kerana anda semua sudah sedia maklum situasi-situasi yang kebiasaannya terjadi dalam kelas memandu yang pertama ^^


Di sini, saya hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi dari guru memandu saya selain daripada ilmu dalam pemanduan kenderaan:)


Cikgu: Hanani selalu mimpi-mimpi ke?
Saya: Ha'ah. Selalulah jugak, terutamanya pasal mati..sejak form 2 lagi.
Cikgu: Takut mati ke?
Saya: Ummm, takut...
Cikgu: Kenapa?
Saya: Sebab tak cukup amalan lagi?

Cikgu:
Sebab kita umat akhir zaman. Umat di akhir zaman yang cintakan dunia dan takutkan mati. Sebab tu sekarang orang kafir tak takutkan umat islam. Zaman Rasulullah dulu, orang-orang kafir takutkan umat islam walaupun pada masa tu bilangan umat islam sedikit. Sebab apa? Sebab umat islam zaman dulu cintakan akhirat dan tak takut mati..malah ingin mati syahid.

............................................................................................................................................................

Setelah berjaya melalui laluan yang berliku-liku

Cikgu: Sekarang Hanani dah tak takut kan?
Saya: Alhamdulillah, sekarang dah kurang sikit rasa takut

Cikgu:
Sebab tu cikgu nak awak lalu sini. Memang manusia akan takut untuk lakukan perkarayang baru. Tapi bila dah buat first time, 25% rasa takut tu akan hilang. Hari kedua, cuba lagi....25% lagi akan hilang.....dan seterusnya hinggalah semua rasa takut hilang. Macam tu jugaklah kalau dengan maksiat.

Cuba tengok, kalau orang nak buat maksiat, masa awal-awal mesti takut. Tapi bila dah buat, 25% rasa takut tu akan hilang. Esoknya, dia buat lagi, 25% lagi hilangg...sehinggalah rasa takut tu dah hilang 100%. Sebab tu la lepas tu deaorang dah tak kesah nak buat lagi dah.

Sebab tu, jangan sesekali buat maksiat. Jangan pernah sekali pun dalam seumur hidup buat maksiat. Faham Hanani?

Saya: Faham cikgu ^^



Kalau semua cikgu memandu macam ni, memang tak rasa takutlah kat jalan raya. Asyik mendengar dia bercakap hingga tak sedar sebenarnya kita dah lalui semua jalan-jalan yang paling kita takut sangat nak lalu ^^

Terima kasih cikgu.


Segala di atas hanyalah daripada memori yang tidaklah berapa kuat. Jadi, segala salah dan silap harap ditegur:)

Wallahu a'lam.