Monday, June 28, 2010

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.



Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.







Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.


Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.


Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.


Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.





Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?




Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki .
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.






Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.


Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.



Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.
Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung.
Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa.
Tudung di luar tudung di dalam (hati).




Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.




Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.
Sentiasa bermanis muka.
Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.




Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.





Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Thursday, June 17, 2010

Wednesday, June 16, 2010

TAG :p

Grrrr, tiada motif,ahahha

What is your name : Zirwa
A four letter word : G R R R
A boy's name : Maher Zain :P
A girl's name : Nurul Atira
An occupation : pharmacist? :P
A colour : turqouise & green;D
Something ur wear : baju sekolah ,ahaha
A food : oO p e c a l :D
Something found in the bathroom : Shower? ahahah
A place : Bdr Baru Bangi ;D
A reason to being late : jam rosak,ahaha
Something u shout : Lapa laaaaaa ! G r r r r
A movie title : Ketika Cinta Bertasbih:P
Something u drink : Tinge & oxygenizer,ahahha
A musical group : ntah, maher zain tu musical group ke? ahahha,
A street name : 2/2b - -' takde keje
A type of car : mini-cooper?AHAHHA

Monday, June 14, 2010

sapa-yg-baik-hati ;p



AHAHAH,OKAYYY dah-nak-menggedik-la-ni-kan :P ahahaha, ATTENTION! sapa-yang-sangat-baik-hati bolehla belikan cd-maher-zain utk saya:D ahahha. nak pegi shah alam sbb Tira kata ade kat sana kan but seriously tak tau bile nk pegi,grrrrr

Friday, June 11, 2010

Imagine Your Death


Imagine yourself after you pass away
Imagine your grave through night and through day
Wishing that you did not do as they say
Wishing that you had got up and had prayed.
Imagine, my friends, the day that you died
Imagine all of the tears that they cried
Remember how it felt when your body was tied
Remember how it felt in the grave which you lied.
Imagine the day you'll be called to account
Imagine the sum to which your life will amount
Think for a moment of the deeds which you mount
Think for a moment how much they will count.
What will they say of you when you are dead?
What will they say, what will be said?
Will they speak of all the poor who you fed?
Will they remember all the Qu'ran that you read?
Think not of them, but of Allah, Lord of mankind and jinn
Think of Allah when tempted to sin
Think of the paradise which you will dwell in
Don't wait till later to think what might have been.
iloveallaah.com
Tanyala tanyala kenapa aku post ni;] sebabbbbb nila yang aku pikir every day sampai terbawk2 dlm mimpi T-T So, renung2kan la ye. Hidup ni tak lama selagi jantung tu berfungsi buatla apa yg patut ye dan tak perlu la dijelaskan disini kerana semuanya tahu ape yg patut dilakukan ;]

Wednesday, June 9, 2010

Bila dah berkurun tak jejakkan kaki di Sg. Air Tawar ;D

Ok, best-nye perasaan bile boleh online balik :D heee, 5 hari kat kampung tersangatlah best sbb bdk ni dah berkurun tak balik,agagagga.ok disini saya mahu list-kan semua yg bdk ni buat disanaa;)



Hari pertama;
- Dlm kereta psg lagu raya.HAHA, semangattt mcm nk balik raya pulak kan?
-Berhempas pulas kat rumah Lek Ti, ceeeee. busy la kononnn
-Menikmati sunset kat sawah bersama farhi busukk and and banyak burung;D - -' mcm x penah nmpk burung pulak,ahahha
-Sblm pegi rumah mbah tgh mlm tu singgah la kejap di Uptown Sg. Besarrr, HAHA.merepk dan terus merepek :P







Hari Kedua;
- Bangun and layan cite indon,HAHA
-Pegi memancing sebentar~ ahaha, dapat ikan puyu and mata dea terkeluar and lpskan balik,tak sanggup nk goreng dea
-Pegi rumah Lek Ti lagi,wedding~ tak perasan pulak sume baju warna merah tapi Fea hijauuu,nak juga kontra ngan org lainn
-Orang tu letak nasi sampai 2 senduk - -' BANYAK GILEEE mmg mcm ular bunting dah lps tu
-Fea..posing habisla
- Balik and sambung layan movie :D
- Bdk2 naik motor 3 roda ramai2,haha
-Sessi bergambar bersama Fea di depan rumah mbah,kan Fea?
-PALING PENTING, aku belajar naik motor:D eh tak, scooter jeee. ahaha. tau la cume scooter but do i care?ahaha,
-Mlm, make-up make-up Fea





Hari Ketiga;
- Main badminton di pagi hari:) kan bagus tu kan?ahaha
-Hasif tanam balik pokok yang Sarah cabut - -'
-Fea main laptop
-Cuci mata kjap kat Sg Besar :) and yg paling penting banyk GILE makan - -'
- Fea posing kat shopping complex,HAHA
-Ptg, pegi rumah Cik Ti makan mee hailam:) sedapp woooo
-Balik sambung layan movie;)
-Mlm, layan Kcb,heeee








Hari Keempat;
-Main kat rumah Lek Ton ;)
-Bdk2 tu main kat bangsal pisang,ahaha.semangattt
-Aku timbang kat penimbang pisang and and and you know whattt! aku dah naik 2 kg - -' Ok baru bape hari kat kg dah naik,grrrrrr
-Mlm aku bantai buat sambal kicap pedas2 utk deaorg,HAHHA. tp deaorg layan gak sambal kicap tu :P
-Mlm terakhir mcm ni la nk makan sume benda sbb beli mknn banyk gile tp tak makan2, soooo
mlm tu kitorg tibai chocolate,nugget 1 bungkus and banyak gile kentanggg. tgh mlm makan ice-cream - -'
-Sessi usrah bersama Aliya and the gang!,ahaha. bnyk benda aku baru tau oO okayyy, makin lama makin menarikkk;D
-Sessi usrah diselangi dgn cerita vampireee,ahahha








Hari Kelima;
-Okayyy dah nak balik T_T
- Siap2 tros pegi and and Fea merengek tgh2 jalan! bape bnyk kali dah stop,wooooo
- Time kat sekinchan baru dea tdo, tdo kat bahu aku ni haaa, kebas tau takkk.dea tdo macam tu sampai la kat puncak perdana T_T kebas tak terkataaa,ahaha
-Lepak rumah Cik Mas japp, online sebentar:) saya pandai curi masa kan?
-Ptg, shopping kat Jakel,Shah Alam.ahaha sampai kering wallet deaorg,ahaha
-Bnyk masa lagi so, pegi a Alam Sentral jap :P
- Igt nk tdo kat sana jee tp k.ehan nak balik gak, nasib baik Fea ok jeee,agaga.tp jam tak terkataaaa
- Sampai rumah, tros tdooo. nmpknyee aku kene kurung la kat rumah k.ehan ni.ahahha





Okayyy,sampai disini sahaja saya nak merepek. Even cume balik kg. tp rasa macammmm xDDD

Friday, June 4, 2010

Sabar je la - -'

Ok, tgh2 semangat nak buat video Fea, tibe2 stuck( maslaahnya dah banyak kali bukan sekali dua T_T) berderet pulak tu nk buat vid lepas ni, waaaaaaaaaa. tinggal nak save je trus stuck then bile bukak balik ternyata segala usahaku sejak pagi tadi tidak membuahkan hasil - -' Nampaknya terpaksala buat lagi sekali ! Gahh! Ni la yang paling aku benci bile nak buat vid. ni T-T Fea punya pasal cik wa buatkan jugak yee:D

Lepas ni berderet dah vid kene buatt, trip jb, bandung, klass, wedding, raya oO ok ini sangat banyak adnandand nanti kene buat power point pasal ANEROXIA NERVOSA! woooo. tu yang tak saba tu ,ngeee~ andandand kene rearrange SEMUA folder gambar kat pc yang SANGAT berterabur. Gahh! padan muke kau zirwa sapa suruh tangkap gamba bnayak sgtt, nak burn cd abg shoki tak install lagi mende alah tu - -'

Petang ni nak kene balik kg dahhh sampai rabu XD ok, insan ini memang tersangatlah lama sudah tidak menjejakkan kakinya di kampung mbah;) soooo, bnykla plan kat sana:D Kita nak buat macam2 kan k.ehan?

Ook2 enough Zirwaa cepat siapkan vid Fea. Ook sampai disini sahaja coretan zirwa sengal ! HA HA