Friday, July 23, 2010

Tipu Daya Iblis Zaman Ini

Iblis menyesatkan kita dengan pelbagai cara;

Mendatangi dari pelbagai arah.

Surah Al-A’raaf [7] : 17

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".Dari Ali bin Abi Thalhah mengatakan dari Ibnu ‘Abbas r.a yang dinukilkan dari Tafsir Ibnu Katsir,






maksud;
(a) Iblis datang dari hadapan adalah, iblis yang membuat kita ragu akan kehidupan akhirat.
(b) Iblis datang dari belakang pula, iblis yang akan menjadikan kita cinta kepada dunia.
(c) Iblis datang dari kanan, iaitu iblis yang menjadikan perkara agama kita menjadi samar. Kita akan meragui yang mana dari agama dan yang mana bersalahan dengan agama. Contohnya pergi ke kubur setiap pagi raya, duduk di kubur, berpegang pada adat lebih dari syariat dan lain-lain.(d) Iblis datang dari kiri adalah iblis yang menjadikan kita hamba hawa nafsu dengan menyukai kemaksiatan






Angan-angan kosong.

Surah An Nisaa' [4] : 119

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan..."Iblis membisikkan kita dengan pelbagai perkara yang mulanya bermanfaat kemudian dirosakkan dengan hasutan dengan janjinya ‘inilah perkara yang benar dan lebih baik’,
seperti;

(a) Membuat kenduri atau jemputan makan tahlil, kahwin dan sebagainya. Kemudian dirosakkannya dengan kenduri arwah 40 hari atau 100 hari, dan dalam majlis perkahwinan pula, suami isteri disuruh berpelukan dan diambil gambarnya dan banyak lagi. Malah ada juga yang tidak mahu beribadat ketika masih hidup, kerana berpendapat dia akan terselamat kerana ahli keluarganya akan membuat kenduri tahlil apabila dia mati kelak.

(b) Berikhtiar dalam merawat penyakit atau kesulitan dalam kehidupan. Kemudian dirosakkannya dengan mempercayai bomoh, tangkal, ramalan (rahsia-rahsia tarikh lahir, rahsia tahi lalat), sihir dan seumpamanya.

(c) Bersolat fardhu dan sunat, kemudian dirosakkannya dengan solat tergesa-gesa dan tanpa tamakninah (diam sebentar pergerakan sebelum meneruskan gerak solat seterusnya). Paling menonjol adalah waktu iktidal, ramai yang gagal untuk tamakninah ketika iktidal ini.

(d) Menyambung silaturrahim atau mempererat silaturrahim di facebook dan sejenisnya (blog, myspace dan lain-lain). Kemudian dirosakkannya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, gambar membuka aurat, memfitnah, menyeleweng fakta dan kerosakan lainnya.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2783

No comments:

Post a Comment